25 January 2013

ULAR

Pada tahun ini saja, sudah dua ekor ular ditemui di bangunan sekolah. Kali pertama ular tersebut ditemui di dalam surau dan baru-baru ini di laluan gajah menyusur. Walaubagaimana pun, kedua-dua ekor ular tersebut berjaya ditangkap oleh Pakcik Zul. Pihak sekolah memandang serius perkara ini dan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar terjamim.

Pakcik Zul menunjukkan ular yang beraya ditangkap.

23 January 2013

KEKURANGAN MURID

Sebahagian daripada murid-murid SK Lipat Kajang

Saban tahun, jumlah murid yang belajar di SK Lipat Kajang semakin berkurangan. Pada sesi persekolahan tahun 2013 ini, jumlah murid keseluruhannya adalah seramai 55 orang sahaja termasuk murid-murid prasekolah.

SELAMAT DATANG


Pada sesi persekolahan 2013 ini, SK Lipat Kajang telah menerina seorang guru baru bagi menggantikan Puan Atifah yang telah bertukar ke Petaling Jaya. Guru tersebut adalah Encik Irulshahril, yang sebelum ini bertugas di SK Gunung Senyum.  

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS

Bacaan ikrar daripada pengawas dan pengawas Pusat Sumber

Majlis ini telah diadakan semasa perhimpunan rasmi pada 21 Januari yang lalu. Pengawas dan pengawas Pusat Sumber yang terlibat ialah murid-murid Tahun 4,5 dan 6.