PROFIL SEKOLAH

PENGENALAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LIPAT KAJANG




  1. Kedudukan SK Lipat Kajang dari PPD Temerloh lebih kurang 25 km.

  1. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1946 dan Guru Besar pertamanya ialah Encik Abdul Malek bin Mohd. Ali.

  1. Sekolah ini terletak dalam Mukim Lipat Kajang Masjid.

  1. Sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan iaitu Blok Bangunan Baru, Blog  Dewan Sekolah berserta Surau Lama, Blok Makmal Sains dan Bilik Komputer Blok Bangunan Lama dan Kantin.

  1. Hubungan penduduk kampung terutamanya dengan PIBG amat baik dan sentiasa dapat bekerjasama dengan erat.

  1. Agenda sekolah “Kecemerlangan Agenda Kami” menjadi tunggak dan inspirasi murid-murid sekolah ini untuk menjadikan cogankata “Sahsiah Cemerlang Akademik Gemilang”.

  1. Motto sekolah ialah ”Setia Jaya”  yang menjadi motto pada lencana sekolah yang memberi maksud setia terhadap diri, keluarga dan sekolah untuk menjayakan diri sebagai seorang pelajar yang berjaya dan cemerlang.

  1. Visi utama sekolah ini ialah  “Merealisasi SK Lipat Kajang Berprestasi Tinggi Menjelang 2015”

  1. Misi sekolah ialah “Membangun Dan Mengamalkan Sistem Pengurusan  Efisyen Berkualiti Tinggi Bagi Memperkembangkan Potensi Sepenuhnya Untuk Mencapai Kejayaan Yang Membanggakan”.



LENCANA SEKOLAH


lencana sekolah

PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH

  • Lencana berbentuk perisai bermaksud berazam untuk mencapai kecemerlanga
  • Obor menggambar semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu
  • Buku dan alat tulis media utama pelajaran
  • Gelang-gelang sukan – sentiasa aktif bersukan
  • Skrol hadiah kegemilangan dapat dikecapi
  • Motto ”SETIA JAYA” – murid yang setia, azam kuat akan beroleh kejayaan
  • Warna kuning – keikhlasan hati nurani murid, guru dan ibu bapa
  • Warna biru – kesepaduan semua warga SKLipat Kajang
  • Warna putih – kesucian hati warga pendidik mendidik anak muridnya
  • Warna merah – kegemilangan yang ingin dicapai
  • Warna hitam – semarakkan rasa kasih sayang

LAGU SEKOLAH


”KECEMERLANGAN MILIK SEMUA”


Dalam alam kehijauan desa
Udara nyaman sungguh selesa
Berdiri megahnya mercu tanda
SK Lipat Kajang namanya

Chorus:
Setia Jaya menjadi pegangan
Rukunegara jadi panduan
Bergerak maju dan berwawasan
Seiring mencapai perpaduan

Ibu ayah dan guru berdoa
Mengiringi kami setiap masa
Kami usaha dan tekad berjaya
Kecemerlangan milik semua


Kecemerlangan.......milik.......semua.......!




PIAGAM PELANGGAN


Kami warga SK Lipat Kajang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada:-

Murid:
Memberikan pendidikan gemilang dan seimbang kepada setiap murid.
Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan akan menerima hak mereka.
Memastikan semua murid TAHAP 2 mendapat peluang menyertai kegiatan ko-kurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan permainan.
Peluang diberi kepada murid TAHAP 1 untuk menyertai satu aktiviti ko-kurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibubapa.


Guru Dan Kakitangan :
Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap guru/kakitangan akan diambil tindakan segera, tidak lebih tiga hari.


Ibubapa / Penjaga :
Setiap ibubapa/penjaga murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil.
Setiap aduan akan disiasat dan maklum maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dibincang dalam mesyuarat AJK PIBG dan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah.


Stake holder :
Memastikan setiap arahan dan maklumat yang diperlukan oleh PPD/JPN/KPM mendapat tindakan sehari selepas surat/arahan diterima.
Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa terus dengan Guru Besar atau hubungi melalui  talian
09-2846511













No comments:

Post a Comment