19 January 2014

MINGGU KEEMPAT ( 20-24 Januari 2014 )

Guru bertugas: Puan Norhayati bt Mamat
Tema Mingguan : Kasih Sayang

PERISTIWA PENTING

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 

Sambutan Maulidur Rasul Pringkat Sekolah pada tahun ini diadakan pada 21 Januari bertempat di suaru sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada tahun ini ialah perarakan  selawat, pertandingan azan dan hafazan,ceramah, pertandingan mewarna dan melukis poster.


 Pertandingan azan

 Hafazan

 Perarakan Maulidur-Rasul





BANTUAN WANG PERSEKOLAHAN

Majlis ini diadakan pada 23 Januari   di kantin sekolah. Ibu bapa dan penjaga telah menerima wang bantuan persekolahan ini melaui guru kelas anak masin-masing. 


GPK1, Encik Muhammad Firdaus sedang menyampaikan ucpan dalam majlis tersebut.




Sebahagian daripada ibu bapa dan penjaga yang hadir dalam maljis tersebut.

MINGGU KETIGA ( 13-17 Januari 2014 )

Guru bertugas-(  Encik Tajudin bin Abd Rahman )

PERISTIWA PENTING


1. Gotong royong menceriakan bilik darjah tekah diadakan pada hari Sabtu 18hb Januari bermula pada pukul 8.30 pagi.

MINGGU KEDUA ( 6-10 Januari 2014 )

 Guru bertugas- ( Puan Wardati bt Mohamed Yunus )

PERISTIWA PENTING

Majlis perlantikkan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan  telah diadakan.




 Pengawas sekolah

Pengawas Perpustakaan



18 January 2014

MINGGU PERTAMA ( 2-3 Januari )

 Guru bertugas-(  Encik Muhammad Firdaus )

PERISTIWA PENTING

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Sekolah di buka pada 2hb Januari 2014 bersamaan dengan hari Khamis. Sekolah berjalan seperti biasa dan pengajaran dan pembelajaran  bermula seawal waktu kedua. Pada tahun ini, ada beberapa perubahan pada kakitangan sekolah. Encik Asraf bin Arif telah ditukarkan ke PPD Temerloh di atas kepentingan perkhidmatan. Berikutan dengan itu, seorang guru iaitu Puan Norshariza telah di hantar untuk menggantikan Encik Asraf.Selain daripada itu, sekolah juga telah menerima seorang lagi guru iaitu Puan Norhidayatul Fitri.Pihak sekolah mengalu-alukan  kehadiran kedua-dua orang guru tersebut.